BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI

BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI
bahasaku..biar dihempas badai jangan dirampas digadai.

Tuesday, February 22, 2011

CARI BUKU INI

BMM3103


UNIT 2
Pengujian dan Penilaian


Sinopsis

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamatkan untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Oleh itu pendidikan bertanggungjawab untuk memperkembang aspek-aspek tersebut dalam sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani diperkembangkan, satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (p – p), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

BMM3101

NOTA KULIAH KAJIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH


Sinopsis

Unit ini akan memberikan maklumat yang membolehkan pelajar mengetahui elemen penting yang menjadi teras Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah seperti matlamat, objektif, organisasi kandungan, hasil pembelajaran,, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.



Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menerangkan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

2. menghuraikan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

3. menjelaskan kandungan Hasil Pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Tajuk 1 Matlamat Dan Objektif


1. Pengenalan

Sebelum anda didedahkan dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (SPBM KBSR), bolehkah anda menjawab soalan-soalan ini?























Sukatan Pelajaran (2003)

BMM3106

Pemulihan dan Pengayaan
Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan konsep-konsep pemulihan dan pengayaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk yang diliputi ialah konsep pemulihan dan pengayaan, langkah-langkah pelaksanaan, aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan, dan cara penyimpanan rekod