BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI

BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI
bahasaku..biar dihempas badai jangan dirampas digadai.

Thursday, March 3, 2011

Sambutan MaulidurRasul




SUDUT PUISI

ISHTIGHFAR

Dingin wudukku subuh ini menggetarkan ingatan
yang masih basah bagai detik itu
seketika baru ditinggalkan dari lopak pelembahan duka.
Sumur airmata ini telah lama kemarau
namun tetap juga semahu-mahunya mengalirkan jauh keladak cerita semalam
yang pedih tidak tertahan.
Telah lama,
Kesanggupanku untuk terima apa jua hukuman
Hari-hari untuk kumiliki kini terasa semakin kecil dan tipis
kerana aku telah lama menjadi manusia tewas.
Di hadapan mimbar ini,
Dengan upaya suara pilu
kulaungi azan Subuh
bukanlah untuk kuizharkan bukti baktiku pada kalian manusia.
Mungkin inilah persinggahanku kali akhir
doaku
untuk kutemukan jalan ishtighfar
agar insan salah ini kembali jernih dan khalis.

Bahtiar Omar
Seberang Takir, Kuala Terengganu.