BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI

BAHTIAR BIN OMAR IPGKDRI
bahasaku..biar dihempas badai jangan dirampas digadai.

Tuesday, February 22, 2011

BMM3103


UNIT 2
Pengujian dan Penilaian


Sinopsis

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamatkan untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Oleh itu pendidikan bertanggungjawab untuk memperkembang aspek-aspek tersebut dalam sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani diperkembangkan, satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (p – p), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

No comments:

Post a Comment